Pakaian Tetamu/Ibu Bapa Semasa Majlis Konvokesyen

Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)

Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah tidak dibenarkan).

Pakaian Tetamu/Ibu Bapa Semasa Majlis Konvokesyen

Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)
  1. Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.
  2. Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau skirt mestilah melebihi paras buku lali.
  3. Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canselor UTeM.

Nota Penting

  1. Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.
  2. Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  3. Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu bapa graduan daripada memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.

PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

Graduan lelaki

  1. Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
  3. Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas; atau Sepasang Baju Melayu berwarna hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung.
  4. Kasut kulit hitam bertutup penuh.

Graduan perempuan

  1. Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
  3. Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan; atau Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
  4. kain pakaian jenis lace boleh dipakai dengan syarat mempunyai lining.
  5. Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung tersebut adalah bebas.
  8. Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal) tidak dibenarkan sama sekali.

NOTA PENTING:

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

  • Kedoktoran:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga (3) jalur di lengan, hood dan bonnet.

  • Sarjana:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua (2) jalur di lengan, hood dan mortar board.

  • Sarjana Muda:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu (1) jalur di lengan,  hood dan mortar board.

  • Diploma:

    Jubah Biru Kehitaman tanpa jalur di lengan tangan.

FakultiWarna Hood
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

OREN

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER

ROYAL BLUE

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

HIJAU MUDA

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

MAROON

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

KUNNG

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN

MAGENTA

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNGU

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

KELABU

INSTITUT PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN

TURQUOISE

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All rights reserved.