Skip to main content

Etika Pakaian Tetamu/Ibu Bapa Semasa
Majlis Konvokesyen

Tetamu Lelaki

DIBENARKAN

  • Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang
  • Kasut kulit bertutup

TIDAK DIBENARKAN

  • Kemeja-T
  • Seluar jeans / cargo
  • Selipar dan sandal

Tetamu Wanita

DIBENARKAN

  • Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.
  • Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau skirt mestilah melebihi paras buku lali.

TIDAK DIBENARKAN

  • Blouse tanpa lengan, kemeja-T
  • Seluar jeans / cargo /dan seluar yang tidak mencapai paras buku lali
  • Selipar dan sandal

Nota Penting

  1. Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.
  2. Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  3. Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu bapa graduan daripada memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.

Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen

Graduan lelaki

  1. Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
  3. Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas; atau Sepasang Baju Melayu berwarna hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung.
  4. Kasut kulit hitam bertutup penuh.

Graduan perempuan

  1. Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
  3. Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan; atau Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
  4. Kain pakaian jenis lace boleh dipakai dengan syarat mempunyai lining.
  5. Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung tersebut adalah bebas.
  8. Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal) tidak dibenarkan sama sekali.

NOTA PENTING

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

  • Kedoktoran:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga (3) jalur di lengan, hood dan bonnet.

  • Sarjana:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua (2) jalur di lengan, hood dan mortar board.

  • Sarjana Muda:

    Jubah Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu (1) jalur di lengan,  hood dan mortar board.

  • Diploma:

    Jubah Biru Kehitaman tanpa jalur di lengan tangan dan mortar board

Warna Hood Mengikut Fakulti

FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

OREN

FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KOMPUTER

ROYAL BLUE

FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

HIJAU MUDA

FAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN INDUSTRI DAN PEMBUATAN

MAROON

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KUNING

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN

MAGENTA

FAKULTI KECERDASAN BUATAN DAN KESELAMATAN SIBER

KELABU

INSTITUT PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN

TURQUOISE

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.