Pematuhan Prosedur Operasi Standard Kesihatan

Berkuatkuasa 1 Mei 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak semula beberapa SOP berkaitan Covid-19.

Tiada lagi peraturan khusus ditetapkan untuk penganjuran sebarang majlis rasmi. Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) dan luar bangunan (outdoor) atau kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan.

Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:

i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak;
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
iii) Individu berisiko tinggi; dan
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.